Friday, January 14, 2011

mood tak bling-bling

ye..mood tak bling-bling dalam seminggu dua ni agaknye.kita nanti macamna
ura-ura dalam hati nak tutup segala jenis blog.
penat dah layan rasa hati ni.
ta[i kena kuatkan hati juga.
Tuhan itu kan penyayang. biarlah tak disayang oleh manusia,
biarlah tak dipeduli oleh manusia
Asalkan diri sendiri sayang,
Asalkan Allah sayangkan kita susah atau senang.
Duniawi..buat aku leka
buat aku alpa pada segala-galanya.
dan sekarang, lumrah manusia..
dah terhantuk, baru nak menadah..
Tapi sekurang-kurangnya aku tau..
Tuhan itu MAHA PENGASIH

wallahua'lam..

note : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...

Thursday, January 6, 2011

DearAllahSubhanahuWaTa’ala,

even up to this very second, no matter how many times I utter the phrase alhamdulillah, I know it could never be enough, I know it could never compare to how much You have lent me, I know I could never truly understand how lucky I am and why You love me this much- I just hope I am worthy. After so many challenges, mistakes and lessons along my journey, I just hope I am worthy.

Thankful and seeking for Your forgiveness,
Your servant

Rumah ku Syurgaku


huhuuu..sekarang ni tengah hangat membincangkan isu rumah. secara jujurnya, aku nak dok umah sendiri. takmo la dok ngan parents ke sedara mara ke. selagi mampu nak tanggung hidup sendiri aku nak kami dok umah sendiri. taknak la menyusahkan orang kan. lagipun privacy is very the important. nak-nak newly wed. of coz la nak kan privacy yang amat-amat la perlu.setakat 2,3 hari tumpang tido, makan, minum, mandi semua tu ok lagi. tapi lau berlama-lama, aku tak sanggup rasanya. itu pun dah banyak kali dipesan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman tentang hidup lepas kahwin ni. tak salah kan aku buat keputusan macam tu. =)

dan 2,3 hari ni juga ada la survey-survey rumah untuk dibeli, bukan sewa. encik tunang sangat la strict pasal umah ni. takmo nye dia sewa-sewa. dahla kami ni dua-dua bukan staf gomen..hehehe..tapi rezeki ada dimana-mana kan =). kena usaha lebih sikit jer.

persiapan perkahwinan? adala sikit-sikit dah senaraikan. progress dalam 40% macam tu la. nak cari barang-barang untuk door gift. maybe nak ke Nilai 3. Cuma lom pasti bila nak ke sana. CNY nanti dah ada plan sendiri. journey to the north. mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan. Self Journey jer..malas nak bersemak-semak. Dah ada partner hidup nanti baru lah boleh berdua-duaan berjalan-jalan..heheeehehe..

chaiyok2! akan terus menyenaraikan barang-barang yang diperlukan nanti. untuk :
1. hantaran
2. doorgift
3. bilik pengantin
4. pelamin
5. invitation card
6. rozet
7. bunga telur
etc..etc.. banyak sangat lau nak senaraikan kat sini. hopefully semuanya berjalan lancar..haja2 fighty!

Wednesday, January 5, 2011

Preparation 1:2 - Baju Nikah

Material yang telah disponsor oleh insan tersayang..alhamdulillah dah selamat sampai kat butik untuk dikoyak, digunting, dijahit, disambung dan macam2 lagi..aku pasrah jer.sebab sebelum ni pun akak aku buat ngan dia ni juga. sebelum ni dia keje kat Dzull Declasique, tapi sekarang dia dah buka butik sendiri kat Bangi. Nama butik Dzihni Butik.owner dia nama Kak Ina. First time jumpa..ya Allah, lemah lembutnya cara dia cakap.sampai kan aku cakap serah la pada akak baju tu macamna pun.yang penting outputnya memuaskan hati. si tunang pun dari taknak bersulam2 bagai baju melayu dia terus nak sulam..sabar je la syg yer..kos semua-semua untuk 2 pasang baju masih dalam bajet bakal pengantin bajet 2011 ni yer..hahahaha..and last week dah call butik.pembantu kak ina cakap baju dah siap.boleh la datang untuk fitting.tapi maaf la ye kak, kami kekurangan masa plak sekarang ni.insyaallah lain minggu kami datang. =)) (seronok + teruja baju dah siap.tak sabar nak tabur duit nih..hak3)

tak sabar nak tengok hasilnye..huhuhu

Preparation 1:1-Kursus Kahwin


Alhamdulillah..kami dah selamat berkursus pada tahun lepas 25.12.10.Bajet macam dah lama giler je gi kursus tu.dan minggu lepas baru selamat dapat sijil.hoyeah! leh kawin dah (gedik siot!) hahaha..suko den la..kitorang kursus kat Putrajaya anjuran AL SHAHIR MANAGEMENT. Alhamdulillah, tak banyak, sikit-sikit ilmu dapat juga untuk 1 hari setengah tu. setel dah part kursus rasa dah lega sangat.lepas ni tunggu borang kebenaran nikah plak dari Johor. =)

18 September 2010






alhamdulillah..dengan perbincangan yang sangat simple, semuanya berjalan lancar.Kedua family pun happy, aku?sangat lah happy kan.tapi macam biasala, ada manis, adala pahitnya. itu semua lumrah hidup. so now counting the month to go. beberapa persiapan pun dah start buat. syukur..next entry------>> ^.^"

selamat tahun baru 2011



selamat tahun baru 2011 untuk semua..semua?hahaha..macam la ada follower kan?takpe, tak kisah jie..haha..memang giler bersawang blog ni..langsung tak usik..tapi macam tak percaya dah tahun 2011 dan tinggal lagi beberapa bulan aku nak jadi wifey dia..alhamdulillah.setelah melalui ranjau-ranjau 3 tahun bersama, akhirnya kami disatukan.insyaallah Jun akan datang akan langsunglah ikatan kami yang sah.aminn

mudah-mudahan Allah perkenankan segala permintaan, permudahkan segala urusan.so, new year, new post, new background, new mision..Insyaallah!