Thursday, January 6, 2011

Rumah ku Syurgaku


huhuuu..sekarang ni tengah hangat membincangkan isu rumah. secara jujurnya, aku nak dok umah sendiri. takmo la dok ngan parents ke sedara mara ke. selagi mampu nak tanggung hidup sendiri aku nak kami dok umah sendiri. taknak la menyusahkan orang kan. lagipun privacy is very the important. nak-nak newly wed. of coz la nak kan privacy yang amat-amat la perlu.setakat 2,3 hari tumpang tido, makan, minum, mandi semua tu ok lagi. tapi lau berlama-lama, aku tak sanggup rasanya. itu pun dah banyak kali dipesan dengan orang-orang yang lebih berpengalaman tentang hidup lepas kahwin ni. tak salah kan aku buat keputusan macam tu. =)

dan 2,3 hari ni juga ada la survey-survey rumah untuk dibeli, bukan sewa. encik tunang sangat la strict pasal umah ni. takmo nye dia sewa-sewa. dahla kami ni dua-dua bukan staf gomen..hehehe..tapi rezeki ada dimana-mana kan =). kena usaha lebih sikit jer.

persiapan perkahwinan? adala sikit-sikit dah senaraikan. progress dalam 40% macam tu la. nak cari barang-barang untuk door gift. maybe nak ke Nilai 3. Cuma lom pasti bila nak ke sana. CNY nanti dah ada plan sendiri. journey to the north. mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan. Self Journey jer..malas nak bersemak-semak. Dah ada partner hidup nanti baru lah boleh berdua-duaan berjalan-jalan..heheeehehe..

chaiyok2! akan terus menyenaraikan barang-barang yang diperlukan nanti. untuk :
1. hantaran
2. doorgift
3. bilik pengantin
4. pelamin
5. invitation card
6. rozet
7. bunga telur
etc..etc.. banyak sangat lau nak senaraikan kat sini. hopefully semuanya berjalan lancar..haja2 fighty!

No comments:

Post a Comment